Ana Edar Sdn Bhd

Contact Info

Address (HQ):

No. 9 Jalan 6, Taman Batu Off Greenwood Park, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Website:

Tel No (Customer Service):

Fax No:

Email:

Company Profile

Latar Belakang

Ana Edar Sdn Bhd telah ditubuhkan sejak 1983 bagi memenuhi permintaan pasaran yang ingin turut serta memartabatkan ekonomi ummah melalui produk jenama ANA keluaran Muslim yang Halal, selamat dan bermutu.

 

Sihat Itu Jihad
Ana Edar Sdn Bhd sebagai peneraju produk kesihatan bercirikan Halaalan Thoyyiban Mubarakan serta melahirkan rangkaian usahawan Muslim yang berdaya saing dan menjalankan jihad bisnes.

Kami mendokong falsafah perniagaan yang sama iaitu menjalankan perniagaan sebagai fardhu kifayah, menjiwai teras visi dan misi penting iaitu melahirkan usahawan Muslim yang berwibawa dan berdaya saing, serta memperkasakan produk Muslim yang bermutu, Halal dan selamat di bawah jenama ANA.

Antara kejayaan yang telah berjaya dikecapi ialah pengiktirafan Halal daripada JAKIM dan juga pengiktirafan IMP yang membuktikan proses penghasilan produk Ana Edar adalah Halalan Toyyiba.

 

Visi Kami
Syarikat melihat suatu keperluan yang meruncing terhadap produk yang mempunyai jenama dan nilai tersendiri, serta menyantuni piawaian syariah dengan sebenar-benarnya.

Maka kami meletakkan sasaran untuk menjadi Peneraju rangkaian produk kesihatan bercirikan Halaalan Thoyyiban Mubarakan serta melahirkan rangkaian usahawan Muslim yang berdaya saing dan menjalankan jihad bisnes.

 

Misi Kami

1. Menyediakan produk bercirikan Halaalan Thoyyiban Mubarakan yang menambah nilai kepada masyarakat.

2. Menyediakan peluang perniagaan yang praktikal dan lumayan kepada Rakan Niaga Ana (Rania).

3. Menyediakan sistem latihan dan sistem dalam talian yang bersepadu bagi melahirkan usahawan Muslim yang berdaya tahan dan berdaya saing.